PEMILIHAN
BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh
diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada
bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam
meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan
bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan
bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum
guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk
pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar
sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses
penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan
sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak
dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
MEMILIH BAHAN SASTERA
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan
dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang
lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang
dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan
sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
Pemilihan bahan sastera juga perlulah
berkaitan unsur-unsur kesusasteraan. Unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan
ialah seperti:
Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira
juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut
kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
PEMILIHAN BAHAN TATABAHASA
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap
pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri
daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri
daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan
bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku
kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid
akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun
bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut,
jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH.
Berikut merupakan
jenis-jenis tatabahasa.
·
Kata nama
·
Kata Hubung
·
Kata kerja
·
Kata sendi nama
·
Kata nama khas
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang
agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini
boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL.
|
BIDANG
ILMU
|
URL
|
|
AGAMA
|
|
|
ILMU
SAINS
|
|
|
SEJARAH
|
|
|
MATEMATIK
|
|
|
KEMAHIRAN HIDUP
|
http://panitiakhskgemang.blogspot.com/p/cd-p-kemahiran-hidup-sk-rendah.html |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan