APLIKASI GARIS PANDUAN DAN
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
PENGENALAN
Etika
komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer
yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat,
harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika
penggunaan komputer dalam era maklumat.
Garis
Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di
Agensi-agensi Kerajaan ini dirumus bagi memenuhi keperluan penggunaan,
langkah-langkah perlindungan dan penguatkuasaan, agar penggunaan Internet dan
e-mel yang terkawal dan perlindungan keselamatan yang lebih mantap dapat
diwujudkan. Langkah ini akan dapat mengurangkan kesan negatif ke atas maklumat
seperti pencerobohan, kecurian dan pengubahsuaian data.
Link bahan untuk dimuat turun:
http://ytrg.terengganu.gov.my/pdf/emel/ict_mampu_web_emel.pdf
MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA
PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWER POINT
BROSUR
BROSUR
Apabila terdiri daripada satu halaman,
brosur umumnya dicetak pada kedua sisi, dan dilipat dengan pola lipatan
tertentu hingga membentuk sejumlah panel yang terpisah. Pamflet yang hanya
terdiri dari satu lembaran/halaman sering disebut lembar
iklan (bahasa Inggeris: leaflet, flier, atau flyer). Selain itu, brosur
yang memuatkan maklumat tentang barangan disebut juga sebagai katalog
produk atau sering hanya disebut katalog. Brosur atau pamflet
memuat maklumat atau penerangan tentang suatu produk, perkhidmatan, syarikat,
sekolah, kemudahan umum, atau dimaksudkan sebagai kemudahan pengiklanan. Maklumat
dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan dimaksudkan untuk mudah
difahami dalam waktu yang singkat. Brosur juga direka agar menarik perhatian,
dan dicetak dengan menggunakan kertas yang baik dalam usaha memberikan kesan
yang baik terhadap produk tersebut.
Bahan brosur garis panduan dan etika penggunaan internet :
Bahan brosur garis panduan dan etika penggunaan internet :
POWER POINT
Perisian Power Points adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.
Bahan pertunjukkan slaid garis
panduan dan etika penggunaan internet :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan