1/20/2013

MINGGU KETIGA ( APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

PENGENALAN

Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.


Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan ini dirumus bagi memenuhi keperluan penggunaan, langkah-langkah perlindungan dan penguatkuasaan, agar penggunaan Internet dan e-mel yang terkawal dan perlindungan keselamatan yang lebih mantap dapat diwujudkan. Langkah ini akan dapat mengurangkan kesan negatif ke atas maklumat seperti pencerobohan, kecurian dan pengubahsuaian data.


MEMUAT TURUN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET 

Link bahan untuk dimuat turun:


http://ytrg.terengganu.gov.my/pdf/emel/ict_mampu_web_emel.pdf

http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil05/pp0507.pdf



MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWER POINT

BROSUR

Apabila terdiri daripada satu halaman, brosur umumnya dicetak pada kedua sisi, dan dilipat dengan pola lipatan tertentu hingga membentuk sejumlah panel yang terpisah. Pamflet yang hanya terdiri dari satu lembaran/halaman sering disebut lembar iklan (bahasa Inggeris: leafletflier, atau flyer). Selain itu, brosur yang memuatkan maklumat tentang barangan disebut juga sebagai katalog produk atau sering hanya disebut katalog. Brosur atau pamflet memuat maklumat atau penerangan tentang suatu produk, perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum, atau dimaksudkan sebagai kemudahan pengiklanan. Maklumat dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan dimaksudkan untuk mudah difahami dalam waktu yang singkat. Brosur juga direka agar menarik perhatian, dan dicetak dengan menggunakan kertas yang baik dalam usaha memberikan kesan yang baik terhadap produk tersebut. 

Bahan brosur garis panduan dan etika penggunaan internet :




POWER POINT

Perisian Power Points adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.

Bahan pertunjukkan slaid garis panduan dan etika penggunaan internet :